MUST WATCH DOCUMENTARIES!!!

Sunday, November 25, 2012

Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 3)

KESIMPULAN
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR
(BAHAGIAN 3)
Oleh :  Urang Ulu




Duit kertas satu dolar ialah satu jata dan satu tangkal. Ia memiliki kuasa daripada nombor 13 kasih sayang dan perpaduan. Ia menggunakan simbol sihir daripada helang air dan piramid terpenggal dengan puncak yang terapung di atas. Melipatnya memiliki gambaran daripada kad tarot menara yang mana memanfaatkan tenaga yang digunakan pada mohor. Pada bahagian lipatan yang lain menunjukkan dua kuasa bersatu dalam simbolisme paling asas. Terdapat doa Latin atau pemujaan kepada tuhan atau kuasa yang lebih tertinggi yang mana sudah pasti digunakan dalam upacara sihir untuk memanggil kuasa yang diperlukan untuk aktifkan tangkal. Duit kertas satu dolar memiliki ciri-ciri yang sama seperti satu tangkal.

Duit kertas satu dolar merupakan satu tangkal. Ianya adalah tanda satu tolakan daripada tangan diatas. Israel Regardie ahli sihir Golden Dawn dari abad ke-20 mengatakan bahawa salah satu penciptaaan tangkal untuk meningkatkan keseronokan melalui emosi-emosi. Seseorang akan "sebatikan" perkataan-perkataan dan menempatkan bersama-sama dengan simbol-simbol tradisional air dan segitiga terbalik. Kita juga akan meliputi air kepala helang mewakili tenaga dalaman scorpio sebagai tindakan kuasa tuhan dijalankan melalui unsur air.

Apakah tangkal?

"TANGKAL MERUPAKAN SATU BENTUK TENAGA SIHIR DENGAN KUASA YANG MANA IANYA BAKAL UNTUK  DIWAKILI".. Aleister Crowley

"TANGKAL ADALAH SATU GUDANG BAGI SESETENGAH JENIS  TENAGA TERTENTU YANG DIPERLUKAN UNTUK MELAKSANAKAN TUGASAN YANG MANA KAMU TELAH MEMBINANYA".. Israel Regardie

Israel Regardie, kelahiran Francis Israel Regudy (November 17, 1907-10 MAC 1985) merupakan occultist dan penulis, pengarang buku mengenai  Hermetic Order of the Golden Dawn.

Tangkal digunakan dalam upacara sihir untuk menyimpan kuasa dan tenaga yang dibawa semasa upacara. Setelah upacara selesai dan kuasa tersebar tangkal tetap diisi dengan tenaga yang dipanggil sebagai "forth". Mohor besar dan tangkal Amerika dibina sebagai gudang tenaga untuk setiap orang yang berhubungan dengannya. Tenaga kita telah pun, dan sedang, dan akan terus dikenakan ke dalam perubahan air emosional secara tidak langsung oleh simbol pada duit satu dolar.

Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 2)

TANGKAL AIR GOLDEN DAWN MAGICIAN
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR 
(BAHAGIAN 2)
Oleh :  Urang Ulu




HERMATIC OF THE GOLDEN DAWN

Hermetic Order of the Golden Dawn atau lebih dikenali sebagai   Golden Dawn  merupakan satu pertubuhan yang mengamalkan amalan sihir yang aktif di Britain pada lewat 19 dan awal abad ke-20, yang mengamalkan pembangunan sihir dan rohani. Ia telah menjadi salah satu pengaruh terbesar pada abad ke-20 ilmu ghaib Barat. Sistem Golden Dawn  berdasarkan hierarki dan upacara permulaan seperti yang diamalkan di Lodge Masonic.

Gambar di bawah adalah perbandingan mohor besar dan tangkal Amerika Syarikat dengan tangkal air yang dibuat oleh Golden Dawn Magician.
Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas

Tangkal ini dibuat untuk meningkatkan kesenangan peribadi atau emosi positif. Gambar dari kad tarot Ace of Cups digunakan bersama-sama dengan kepala helang dan segitiga terbalik untuk menyediakan simbol yang diperlukan. Ace of Cups ditunjukkan dengan cawan yang melimpah adalah kad tarot kecil yang mewakili perubahan emosional dalam mikrokosmos atau individu dan menjadi kad yang sesuai untuk menggabungkan dengan simbolisme air untuk membuat satu perubahan peribadi.
Klik gambar untuk lebih jelas

Gambar dari kad tarot Ace of Cups digunakan bersama-sama dengan kepala helang dan segitiga terbalik untuk menyediakan simbol yang diperlukan

Sebaliknya jika seseorang ingin membuat perubahan emosional pada makrokosmos menggunakan kad tarot menara sangat sesuai kerana ia merupakan kad utama ia mempengaruhi alam semesta.

Berikut adalah beberapa tangkal yang menarik kuasa planet. Kita boleh melihat persamaan antara dua bulatan-bulatan atau mohor dihubungkan oleh jalur dan dua mohor dihubungkan oleh perkataan "ONE" pada dolar. Pada duit kertas satu dolar jalur yang menyambungkan adalah perkataan "ONE".

Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas

(Perhatian : Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir. Tuduhan-tuduhan palsu tersebut dibuat oleh Jin dan disebarkan dikalangan ahli-ahli sihir)

Tangkal Mohor Nabi Sulaiman adalah contoh yang baik tentang bagaimana gambar khusus digabungkan dengan ungkapan suci khusus untuk menarik kuasa tertentu . Kadang kala Nabi Sulaiman menggunakan ungkapan hebrew dan nama-nama tuhan dan kadang kala baginda menggunakan bahasa Latin.







Contoh beberapa Tangkal Mohor Nabi Sulaiman


Amerika Syarikat menggunakan doa Latin pada mohor besar untuk memanggil keluar kuasa yang lebih tinggi sepertimana Nabi Sulaiman lakukan. "E Pluribus Unum" diambil dari penulisan riwayat hidup penyair Kristian Saint Augustine. Ungkapan tersebut berkaitan untuk menyediakan jiwa kita meluap-luap dan keluar dari banyak menjadi satu.



"Annuit Coeptis" merupakan sebahagian dari pemujaan Latin kepada dewa Jupiter Roman ditulis oleh penyair Virgil. Puisi asal dan doa adalah satu pemujaan kepada Jupiter meminta bantuan dalam daya usaha keras.


"Novus Ordo Seclorum" juga diambil dari puisi oleh Virgil dan sering diterjemahkan sebagai New Order of the Ages (Pemerintahan Dunia Baru). Ia dicadangkankan bahawa puisi itu ditafsirkan sebagai ramalan kedatangan kedua Nabi Isa untuk menghakimi dunia.



Tiga ungkapan pada duit kertas satu dolar  tidak hanya perkataan-perkataan dengan makna kebendaan duniawi semata-mata. Ianya semua sebahagian daripada penyeruan untuk membawa kuasa ghaib untuk digunakan di bumi untuk membantu usaha mereka membuat jiwa meluap-luap kepada orang di seluruh dunia dan untuk menyatukan semua orang dalam harmoni.

Berikut ini adalah tangkal Golden Dawn. Kali ini menarik kuasa planet Zuhal. Persamaan diantara tangkal dan mohor besar adalah mudah untuk dilihat. Kedua-dua tangkal dan mohor besar mempunyai satu bahagian dengan ungkapan-ungkapan diatas dan dibawah gambar sementara bahagian lain mempunyai ungkapan dalam gambar. Mohor besar direka seperti tangkal Zuhal dengan sebuah gambar pada satu sisi yang mengandungi ayat diatas dan dibawah dan sisi yang lain dengan ayat di dalam gambar.

Tangkal Golden Dawn

Ada satu lagi perkara yang tersembunyi dalam "gelap". Ada tiga burung hantu geometri tersembunyi pada duit kertas satu dolar. Burung hantu adalah watak dan haiwan suci bagi Tuhan Mesir Horus. Dia adalah tuhan zaman baru aeon ke-3. Ketiga-tiga burung hantu setia kepada Horus dan tiga aeon.

Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas

Bersambung > Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 3)

Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 1)

TRAGEDI 9/11
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR
(BAHAGIAN 1)
Oleh :  Urang Ulu




Apabila kita lipat duit kertas satu dolar dari kanan ke kiri seperti gambar di bawah kita memperoleh pengetahuan baru daripada simbol dan tujuan mohor besar. Apabila dua bahagian ditempatkan diantara satu sama lain kita melihat helang "menghempas" piramid. Helang mewakili sebuah kapal terbang. Piramid mewakili sebuah menara(World Trade Center).


 Helang mewakili sebuah kapal terbang. Piramid mewakili sebuah menara(World Trade Center). 

Gambar di atas duit kertas satu dollar dilipat menunjukkan simbol sama dengan kad tarot(kad ramalan nasib) menara.



Tarot merupakan satu set kad berjumlah 78 keping yang selalunya digunakan untuk tujuan kerohanian ataupun ramalan nasib. 22 buah keping kad disebut sebagai Major Arcana (Rahsia Teragung) dan 56 kad disebut Minor Arcana (Rahsia Kecil).

Ada sarjana yang mengatakan perkataan Tarut berasal dari perkataan Mesir Purba, Tarusy, yang bererti jalan malaikat. Sesetengah pula berpendapat ia berasal dari bahasa Latin, Rotao, yang bererti lingkungan bulat kerana ketas-kertas tersebut melambangkan lingkungan hidup manusia dari kelahiran ke dunia dan berakhir dengan kematian.

Kad Tarot tidak hanya digunakan dalam ramalan. Ia juga mempunyai sifat-sifat tertentu dan boleh diarahkan bergantung dengan sifat-sifatnya. Tarot adalah perlambangan bergambar dari kekuatan alam yang difahami oleh orang dahulu sesuai dengan simbol kelaziman. Kad Tarot Tower tidak hanya mencerminkan tragedi 9 / 11 melalui gambarannya. Kuasa ditunjukkan pada kad dengan cahaya atau api adalah kuasa yang sama diwakili oleh helang pada duit kertas satu dolar. Kuasa pasif yang ditunjukkan oleh bangunan adalah kuasa pasif yang sama ditunjukkan oleh piramid.

Kuasa dalam kad tarot menara merupakan tenaga emosional air yang dimasukkan ke dalam tindakan untuk menghasilkan perubahan dalam kemanusiaan. Apabila dua bahagian ditempatkan sebelah-menyebelah supaya bertentangan dengan dari apa yang ditunjukkan sebelumnya kepala helang dan segitiga terbalik kelihatan. Seekor helang lebih tepat lagi kepala helang merupakan elemen aktif air dalam sihir Kabbalah barat. Sebuah segitiga terbalik merupakan unsur pasif air.





Mengapa seekor helang satu simbol air? Helang berkaitan dengan lambang zodiak dari Scorpio yang merupakan lambang air.







Tradisi Kristian telah mengaitkan empat mubaligh Kristian Mathew, Mark, Luke dan John dengan empat simbol. manusia, singa, burung hantu dan helang. Keempat simbol tersebut diambil dari mimpi Ezekiel(Nabi Zulkifli) dimana baginda nampak empat makhluk dengan empat wajah. Makhluk hidup pertama seperti seekor singa, yang kedua seperti seekor lembu jantan, yang ketiga memiliki wajah seperti seorang manusia dan yang keempat itu seperti seeekor helang yang terbang. Keempat-empat makhluk tersebut dapat dilihat pada kad tarot nombor 21; kad dunia atau alam semesta.




Dalam astrologi dua belas lambang-lambang zodiak dibahagikan kepada empat unsur dari kumpulan tiga satu untuk setiap elemen air, api dan tanah. Helang juga merupakan phoenix yang ditunjukkan pada beberapa mohor besar terdahulu. Phoenix ini lahir kembali dari abunya sendiri dan mewakili kelahiran semula dan kebebasan spiritual.
Phoenix 

Awan di atas helang juga berkaitan dengan bayangan mimpi seperti Nabi Zulkifli. Awan adalah merujuk kepada mimpi Nabi Daud dalam Injil tentang pembinaan Haikal yang didedikasikan kepada Tuhan dan bayangan/khayalan bahawa George Washington di mana dia dihubungi oleh malaikat berkenaan pembangunan sebuah negara untuk Tuhan.

Awan di atas helang

Bersambung > Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 2)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya dianggap sebagai kebenaran mutlak. Sebaliknya, ia adalah satu analisis dan kajian yang seterusnya dikaji oleh anda dengan lebih lanjut. Keputusan terletak di tangan anda.

Template Edit by Urang Ulu | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management