TANGKAL AIR GOLDEN DAWN MAGICIAN
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR
HERMATIC OF THE GOLDEN DAWN
Gambar di bawah adalah perbandingan mohor besar dan tangkal Amerika Syarikat dengan tangkal air yang dibuat oleh Golden Dawn Magician.
Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas |
Klik gambar untuk lebih jelas |
Gambar dari kad tarot Ace of Cups digunakan bersama-sama dengan kepala helang dan segitiga terbalik untuk menyediakan simbol yang diperlukan |
Sebaliknya jika seseorang ingin membuat perubahan emosional pada makrokosmos menggunakan kad tarot menara sangat sesuai kerana ia merupakan kad utama ia mempengaruhi alam semesta.
Berikut adalah beberapa tangkal yang menarik kuasa planet. Kita boleh melihat persamaan antara dua bulatan-bulatan atau mohor dihubungkan oleh jalur dan dua mohor dihubungkan oleh perkataan "ONE" pada dolar. Pada duit kertas satu dolar jalur yang menyambungkan adalah perkataan "ONE".
|
(Perhatian : Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir. Tuduhan-tuduhan palsu tersebut dibuat oleh Jin dan disebarkan dikalangan ahli-ahli sihir)
Tangkal Mohor Nabi Sulaiman adalah contoh yang baik tentang bagaimana gambar khusus digabungkan dengan ungkapan suci khusus untuk menarik kuasa tertentu . Kadang kala Nabi Sulaiman menggunakan ungkapan hebrew dan nama-nama tuhan dan kadang kala baginda menggunakan bahasa Latin.
Contoh beberapa Tangkal Mohor Nabi Sulaiman |
Amerika Syarikat menggunakan doa Latin pada mohor besar untuk memanggil keluar kuasa yang lebih tinggi sepertimana Nabi Sulaiman lakukan. "E Pluribus Unum" diambil dari penulisan riwayat hidup penyair Kristian Saint Augustine. Ungkapan tersebut berkaitan untuk menyediakan jiwa kita meluap-luap dan keluar dari banyak menjadi satu.
"Annuit Coeptis" merupakan sebahagian dari pemujaan Latin kepada dewa Jupiter Roman ditulis oleh penyair Virgil. Puisi asal dan doa adalah satu pemujaan kepada Jupiter meminta bantuan dalam daya usaha keras.
"Novus Ordo Seclorum" juga diambil dari puisi oleh Virgil dan sering diterjemahkan sebagai New Order of the Ages (Pemerintahan Dunia Baru). Ia dicadangkankan bahawa puisi itu ditafsirkan sebagai ramalan kedatangan kedua Nabi Isa untuk menghakimi dunia.
Tiga ungkapan pada duit kertas satu dolar tidak hanya perkataan-perkataan dengan makna kebendaan duniawi semata-mata. Ianya semua sebahagian daripada penyeruan untuk membawa kuasa ghaib untuk digunakan di bumi untuk membantu usaha mereka membuat jiwa meluap-luap kepada orang di seluruh dunia dan untuk menyatukan semua orang dalam harmoni.
Berikut ini adalah tangkal Golden Dawn. Kali ini menarik kuasa planet Zuhal. Persamaan diantara tangkal dan mohor besar adalah mudah untuk dilihat. Kedua-dua tangkal dan mohor besar mempunyai satu bahagian dengan ungkapan-ungkapan diatas dan dibawah gambar sementara bahagian lain mempunyai ungkapan dalam gambar. Mohor besar direka seperti tangkal Zuhal dengan sebuah gambar pada satu sisi yang mengandungi ayat diatas dan dibawah dan sisi yang lain dengan ayat di dalam gambar.
Tangkal Golden Dawn |
Ada satu lagi perkara yang tersembunyi dalam "gelap". Ada tiga burung hantu geometri tersembunyi pada duit kertas satu dolar. Burung hantu adalah watak dan haiwan suci bagi Tuhan Mesir Horus. Dia adalah tuhan zaman baru aeon ke-3. Ketiga-tiga burung hantu setia kepada Horus dan tiga aeon.
Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas |
Bersambung > Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 3)
No comments:
Post a Comment