Sunday, November 25, 2012

Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 1)

TRAGEDI 9/11
DUIT KERTAS AMERIKA SEBAGAI TANGKAL SIHIR
(BAHAGIAN 1)
Oleh :  Urang Ulu




Apabila kita lipat duit kertas satu dolar dari kanan ke kiri seperti gambar di bawah kita memperoleh pengetahuan baru daripada simbol dan tujuan mohor besar. Apabila dua bahagian ditempatkan diantara satu sama lain kita melihat helang "menghempas" piramid. Helang mewakili sebuah kapal terbang. Piramid mewakili sebuah menara(World Trade Center).


 Helang mewakili sebuah kapal terbang. Piramid mewakili sebuah menara(World Trade Center). 

Gambar di atas duit kertas satu dollar dilipat menunjukkan simbol sama dengan kad tarot(kad ramalan nasib) menara.



Tarot merupakan satu set kad berjumlah 78 keping yang selalunya digunakan untuk tujuan kerohanian ataupun ramalan nasib. 22 buah keping kad disebut sebagai Major Arcana (Rahsia Teragung) dan 56 kad disebut Minor Arcana (Rahsia Kecil).

Ada sarjana yang mengatakan perkataan Tarut berasal dari perkataan Mesir Purba, Tarusy, yang bererti jalan malaikat. Sesetengah pula berpendapat ia berasal dari bahasa Latin, Rotao, yang bererti lingkungan bulat kerana ketas-kertas tersebut melambangkan lingkungan hidup manusia dari kelahiran ke dunia dan berakhir dengan kematian.

Kad Tarot tidak hanya digunakan dalam ramalan. Ia juga mempunyai sifat-sifat tertentu dan boleh diarahkan bergantung dengan sifat-sifatnya. Tarot adalah perlambangan bergambar dari kekuatan alam yang difahami oleh orang dahulu sesuai dengan simbol kelaziman. Kad Tarot Tower tidak hanya mencerminkan tragedi 9 / 11 melalui gambarannya. Kuasa ditunjukkan pada kad dengan cahaya atau api adalah kuasa yang sama diwakili oleh helang pada duit kertas satu dolar. Kuasa pasif yang ditunjukkan oleh bangunan adalah kuasa pasif yang sama ditunjukkan oleh piramid.

Kuasa dalam kad tarot menara merupakan tenaga emosional air yang dimasukkan ke dalam tindakan untuk menghasilkan perubahan dalam kemanusiaan. Apabila dua bahagian ditempatkan sebelah-menyebelah supaya bertentangan dengan dari apa yang ditunjukkan sebelumnya kepala helang dan segitiga terbalik kelihatan. Seekor helang lebih tepat lagi kepala helang merupakan elemen aktif air dalam sihir Kabbalah barat. Sebuah segitiga terbalik merupakan unsur pasif air.





Mengapa seekor helang satu simbol air? Helang berkaitan dengan lambang zodiak dari Scorpio yang merupakan lambang air.







Tradisi Kristian telah mengaitkan empat mubaligh Kristian Mathew, Mark, Luke dan John dengan empat simbol. manusia, singa, burung hantu dan helang. Keempat simbol tersebut diambil dari mimpi Ezekiel(Nabi Zulkifli) dimana baginda nampak empat makhluk dengan empat wajah. Makhluk hidup pertama seperti seekor singa, yang kedua seperti seekor lembu jantan, yang ketiga memiliki wajah seperti seorang manusia dan yang keempat itu seperti seeekor helang yang terbang. Keempat-empat makhluk tersebut dapat dilihat pada kad tarot nombor 21; kad dunia atau alam semesta.




Dalam astrologi dua belas lambang-lambang zodiak dibahagikan kepada empat unsur dari kumpulan tiga satu untuk setiap elemen air, api dan tanah. Helang juga merupakan phoenix yang ditunjukkan pada beberapa mohor besar terdahulu. Phoenix ini lahir kembali dari abunya sendiri dan mewakili kelahiran semula dan kebebasan spiritual.
Phoenix 

Awan di atas helang juga berkaitan dengan bayangan mimpi seperti Nabi Zulkifli. Awan adalah merujuk kepada mimpi Nabi Daud dalam Injil tentang pembinaan Haikal yang didedikasikan kepada Tuhan dan bayangan/khayalan bahawa George Washington di mana dia dihubungi oleh malaikat berkenaan pembangunan sebuah negara untuk Tuhan.

Awan di atas helang

Bersambung > Duit Kertas Amerika Sebagai Tangkal Sihir (Bahagian 2)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya dianggap sebagai kebenaran mutlak. Sebaliknya, ia adalah satu analisis dan kajian yang seterusnya dikaji oleh anda dengan lebih lanjut. Keputusan terletak di tangan anda.

Template Edit by Urang Ulu | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management