Friday, August 17, 2012

Sejarah Mohor Besar Amerika

AMERICA GREAT SEAL
SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA
Oleh :  Urang Ulu




SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA

Sifat semulajadi mohor besar begitu misteri sehinggakan sebahagian orang percaya bahawa ia berasal dari kekuatan alam ghaib. Satu kisah direkodkan oleh Dr Robert Jerome dalam bukunya "Founding Father Secret Societies",  mengatakan bahawa mohor besar itu diberikan kepada Thomas Jefferson oleh satu lembaga berpakaian misteri. Kisah yang menceritakan bahawa Jefferson menceritakan sebuah kisah yang aneh :

Seorang lelaki mendekatinya memakai jubah hitam yang menutupi wajah dan kesemua dan memberitahu kepadanya bahawa dia pengunjung misteri itu tahu mereka cuba untuk mereka/mencipta sebuah mohor. Lelaki misteri itu menberitahu bahawa dia mempunyai reka bentuk yang sesuai dan bermakna dan reka bentuk itu diserahkan kepada Thomas Jefferson. Selepas itu,  Thomas Jefferson kemudian menunjukkan kepada orang lain dan dia memberitahu mereka tentang bertemu orang misteri ini di luar, seterusnya mereka pergi ke luar untuk pergi mencari orang itu dan dia telah pun hilang.

Thomas Jefferson yang menerima rekaan mohor  Amerika daripada  seorang lelaki memakai jubah hitam

Buku  Founding Father Secret Societies  oleh Dr Robert Jerome
Jadi dikatakan kita tidak akan mengetahui siapa yang mereka bentuk mohor besar Amerika Syarikat. 

Sementara Dr Jerome mengakui bahawa dia curiga mengenai kisah-kisah seperti itu namun ada orang lain yang mendakwa percaya hingga hari ini. Mungkin ada hubungannya dengan John Adams yang berada di jawatankuasa mohor pertama dengan Thomas Jefferson. Menurut cerita Retny, John Adams berada di sana ketika peristiwa aneh ini berlaku. Anehnya memorial Adam di Washington DC dihiasi dengan lembaga berpakaian misteri.

 John Adams yang merupakan Presiden Amerika  ke-2 (1797–1801) 


Memorial John Adam di Washington DC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung dalam blog ini tidak semestinya dianggap sebagai kebenaran mutlak. Sebaliknya, ia adalah satu analisis dan kajian yang seterusnya dikaji oleh anda dengan lebih lanjut. Keputusan terletak di tangan anda.

Template Edit by Urang Ulu | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management